Pengumuman

Salam sahabat penternak dan pelayar blog,

Mohon maaf byk2 kerana x dpt update blog ini secara berterusan kerna:

1) Byk spend masa di ladang & pemasaran
2) Byk buat update kat Facebook: Zuraini Yusof (Zack), nak buat update serentak x larat.
3) PC biasa linked up ngan HP@camera tgh masuk ICU, payah nak upload gambar & video
4) Kurangkan cakap bykkan kerja

Pun begitu, tuan/puan boleh terus ke ldg saya di lokasi tertera utk mendptkan maklumat terkini. Diucapkan jutaan terima kasih kerana sudi melayari blog ini. Tuntutlah ilmu & teruskan berusaha. Insyallah pasti berjaya!

TQ

KETUTU, Betutu, Haruan Bodoh, Hantu, Ubi, Marble Goby, Soon Hock, Lam Hor

Salam,

Penternakan ikan KETUTU(MARBLE GOBY, SOON HOCK) menjanjikan pulangan yg lumayan bagi mereka yang benar2 minat, yakin & sabar. Dijual pada harga pasaran sekitar RM70-120/kg utk gred yg baik mengikut permintaan & musim, tidak hairan mengapa ia digilai oleh ramai penternak moden.

AQUATECH SOLUTIONS membekalkan benih ikan KETUTU, terbaik pd harga berpatutan. Benih dirawat & dikuarantinkan sebelum edaran. Harga dari saiz 3"-8" antara RM2-5/ekor, boleh dirunding mengikut kuantiti. Kami mampu membekalkan benih berkualiti pd kuantiti yg tinggi secara berperingkat2. Maklumat penternakan & pemasaran juga dikongsi bersama, insyallah.

Anda dijemput ke HUB kami utk melihat anak benih di:
No45, Jln DAH13, Desa Air Hitam, Puchong, Selangor.
GPS: 2°57'49.00"N,101°36'41.93"E
Google Earth, search: Aquatech Solutions, Puchong, Selangor

Hubungi En Zac-0122838982 utk servis terbaik & terpantas.

Kami juga menawarkan lain2 produk: Benih Keli, Patin, Tilapia, Jelawat, Haruan, Puyu dll. TQ


Teknik Ternakan Keli di Kolam Tanah

Kolam tanah adalah alternative termurah utk penternakan. Realitinya utk mendptkan "yield" 50% pun susah. Jadi bagaimana nak ternak ikan KELI di kolam tanah dan menghasilkan pengeluaran yang tinggi? Saksikan video ni utk ternakan optimun di kolam tanah.

PERTANIAN adalah PERNIAGAAN?

Salam, sudah beberapa bulan tak update blog sbb sibuk sgt. Skrg ni permintaan ikan air tawar di lembah kelang melebihi dr pengeluaran. Tak larat nak entertain cust dok tiap2 mgu cal/sms mintak ikan. Nak dekat bulan puasa nanti lagi tinggi demand. Sayang sekali, semakin ramai yang gagal menternak ikan dengan berkesan.

Berdasarkan pengalaman, 2 faktor utama ini dikenal pasti kenapa ramai yang gagal. Antaranya:

1. Over excited - ramai yg sangka mudah utk menghasilkan ikan waima ikan keli sedangkan byk faktor yg mempengaruhi pengeluaran ie pasarana ternakan, method, tidak sabar, mudah putus asa dan terpengaruh dengan massa.

2. Malas - hanya tahu masuk benih dan beri makan. Air tak jaga, kawalan pemangsa tak hirau, ikan tak gred, ilmu nak "spoon feed" saja. Keje nak dok kolam aje, barang nak siap, kerja pas kat org lain, marketing tak mahu buat, service tak larat. Bila sekali gagal terus give up, salah kan itu dan ini, sendiri silap tak mahu kaji.

Fikir2kan lah mcmna nak kita boleh mengeluarkan mkan sendiri tanpa perlu mengimport dr negara luar. Berbillion dah mengalir keluar, bukankah bumi kita ni subur utk pertanian?

TUAIAN PUYU MEGA

Kami akan mula manjalankan kerja2 penuaian PUYU secara berperingkat-peringkat mulai bulan March ini mengikut permintaan pasaran. Kapasiti pengeluaran dijangkakan mencapai 15-20 metrik tan sehingga habis pusingan tuaian. Tawaran dibuka kepada pemborong yang berminat.
Gred A - 3-6 ekor/kg
Gred B - 7-10 ekor/kg
Utk maklumat lanjut, sila hubungi Zac 012-2838982 atau SMS kan harga tawaran berserta kuantiti.

BAIKPULIH SISTEM SALIRAN

Baru habis baikpulih longkang saliran, hampir runtuh sbb hujan lebat. Alhamdulillah 3 hari siap!

PERKEMBANGAN PUYU SIAM SELEPAS SEBULAN

Perhatikan perkembangan puyu anda setelah sebulan diternak.
Tarikh: 13/02-13/03
Berat purata masuk: 4g/ekor
Berat purata sebulan: 35g/ekor
Kepadatan: 1500 ekor utk kolam10'x30'

PERIHAL PERIKANAN

A'slm tuan/puan,

Ramai yang bertandang ke ladang penternakan kami sering bertanyakan, apakah jenis ikan yang harus diternak? Bagaimana potensinya? Tidak kurang juga yang mengintai2 peluang untuk menceburi bidang ini secara sambilan. Harus diingatkan Aquatech Solutions(ATS) merupakan pusat penternakan ikan yang cukup "simple" dan sentiasa mengingatkan pelanggannya semua agar berhati-hati dan sentiasa memikirkan cara terbaik untuk menternak berdasarkan pada kemampuan sendiri dan penggunaan persekitaran semaksimum mungkin.


Pun begitu, kejayaan perikanan anda hanya akan tercapai sekiranya anda bijak dalam menilai kemampuan diri sendiri. Mengikut pengalaman peribadi kami, 9/10 akan gagal, hanya 1 yang tinggal, biasanya tidak manja dan faham akan kehendak semulajadi sektor perikanan ini sendiri.


Fikirkan tentang ini, bagaimana ATS mampu mengharungi cabaran ini sedangkan kami bukan lepasan institusi tinggi perikanan, langsung tidak mempunyai seinci tanah sendiri, sumber air yang terhad, tiada bantuan dari badan2 berkanun atau kerajaan, tak pernah masuk TV, radio, suratkhabar dsb, malahan ramai yang lebih berpengalaman mencari kami meminta bantuan ketika terdesak.


Anda datang dan lihat sendiri kami di ladang. Kami tidak dimanjakan, kami berani mengambil risiko, kami melakukan kerja sendiri dengan dedikasi dan penuh minat, kami menjadikan yang tidak boleh sbg boleh dan yang paling penting kami sentiasa mengkaji dan berkongsi ilmu serta "tidak memilih bulu". Tiada kursus berbayar diperlukan kerana yang memberikan kursus itu belum tentu akan memberi kejayaan kepada pesertanya. Tiada yang lebih baik dari buat sendiri bak pepatah kayuh pelan2.


Jadi persoalan ttg perikanan ini terlalu subjektif, tidak dapat diungkaikan dengan jawapan yang muktamad. Kalau senang kenapa ramai yang gagal, kalau susah mengapa ada yang berjaya, malahan ramai terdiri dari bangsa asing? Semua jenis ikan boleh diternak, pasaran memang luas, potensi sepanjang masa, sbb semua org perlu makan. Kalau tidak masakan harga puyu, haruan dan belut boleh mencecah ke RM25/kg. harga ketutu melebihi RM100!!! Harga tilapia sehingga RM18/kg, malahan harga ikan air tawar di negeri lain spt Phg, Trg, NS mencecah ke paras tidak masuk akal. Sudah tentu kalau nak ternak keli, main "volume" dan rendahkan kos. Setiap pintu ada kuncinya, ianya tidak datang sekelip mata. Cari!

JUALAN PUYU MEGA (saiz 3-4 ekor sekilo)

Kualiti terbaik pada harga terendah
MOQ: 1 tan metrik
Kapasiti Pengeluaran: 20 mt sebulan
Pembayaran: CBD

HARGA
Gred A (4-6 ekor/kg): RM12.00/kg
Gred B (7-10 ekor/kg): RM10.00/kg


PROJEK PENTERNAKAN PUYU MEGA BERSEPADU

Teknik Penternakan Puyu Optimum

Contoh pengiraan penternakan yang optimum.

Pallet Katak - Untuk pembesaran anak benih

Code: 9961
MOQ: 10 bags @20kg/bag
Price: LEBIH MURAH DARI PASARAN!!!
-RM 145 ex Kayu Hitam(border)
-RM 180 ex KL
Tax: Rm16/10 bags



Kilang Makanan Ikan (Fish Feed Factory)

Insyallah, akan mula beroperasi awal Feb 2010. Kerja-kerja "setting" mesin sedang giat dijalankan. Bakal mengeluarkan pallet makanan ikan berkualiti tinggi pada harga termurah!

ECD: Feb, 2010
Capacity: 6mt per day

Benih Puyu Siam (HORMON@MONOSEX)

Kadar pembesaran lebih tinggi, cepat dan konsistan. Hasil yang lebih lumayan!


Teknik Penternakan Puyu yg Optimum:
1. Kolam tanah
2. 3-5 ekor sekaki persegi
3. FCR: pallet 1.5, hasil buangan ayam/ikan 2.5
4. Bekalan makanan ikan berterusan;
    ie 100kg ikan = 150kg pallet @ 250kg perut ayam mesti disediakan
5. Tempoh waktu 4-5 bulan
6. 70-80% akan menghasilkan 3-10 ekor/kg