TEKNIK TERNAKAN

1. Kolam Tanah
Walaupun ada pelbagai jenis pilihan kolam seperti kolam simen, kolam kanvas atau kolam tangki fiber/plastik, namun tiada yang lebih baik dari kolam tanah.
  • Korek kolam mengikut kesesuain saiz tanah, cerun, kemudahan dan seumpamanya
  • Luas, lebar kolam, kaki persegi, 10' x 30', 20' x 30', 50' x 50', 100' x 100'
  • Kedalaman: 3-6 kaki dengan rezab tebing 1-3 kaki
  • Pastikan tebing kolam kukuh, tidak mudah runtuh
  • Sekiranya perlu, tutup tebing dengan kanvas, rumput atau seumpamanya 
  • Sekiranya mampu, tebing kolam di"konkrit" sesuai utk kolam bersaiz sederhana ie 20'x30', namun kos nya tinggi dan akan menyebabkan pulangan pelaburan yang lebih lewat
  • Kolam perlu mempunyai sistem air masuk(inlet), air keluar (outlet) dan kawalan limpahan air(overflow)
  • Kolam tanah yang tidak mempunyai sistem yang sempurna bakal mengundang masalah kerja yang lebih teruk kemudian hari
  • Kolam yang lebih besar, disarankan menggunakan sistem jaring bagi memudahkan kerja-kerja kawal selia dan penuaian
Antara teknik kolam tanah yang sesuai utk penternakan

2. Sumber Air
Asset terpenting dalam menentukan kejayaan penternakan anda.
  • Jenis air yang sesuai termasuk air mata air ie telaga atau borewell, air sungai, air bukit, air tasik atau paya
  • Bebas dari pencemaran dan kandungan besi(ion)
  • Sekiranya perlu, terutama bila menggunakan air sungai, buat kolam takungan(detention pond) utk rezab air, juga sebagai memastikan kolam penternakan sentiasa mendapat air "hidup" dan bebas dari kotoran
  • Melalui pemerhatian, air yang baik biasanya mempunyai kecairan yang tinggi(tidak likat), tidak berbau, berwarna jernih, dan terpisah dari benda asing.
  • Sifat sedemikian menunjukan air mempunyai kadar pencemaran yang rendah serta kandungan oksigen yang tinggi, dan dengan itu akan memastikan ikan sentiasa sihat dan cergas
  • Penggunaan sumber air masuk ke kolam berdasarkan graviti lebih ekonomik berbanding penggunaan pam minyak atau elektrik, biasanya boleh dilakukan sekiranya kedudukan sumber air lebih tinggi dari kolam ternakan
Sumber air bukit, teknik graviti, walaupun kecil, mampu menampung 10 kolam 100'x100' + 2 kolam 200'x100' secara berterusan sepanjang tahun
    3. Penyediaan Kolam
    Sebelum memulakan prosess penternakan, kolam perlu di buat persediaan seperti berikut.
    • Isikan kolam dengan air yang bersih, sekiranya perlu gunakan penapis seperti jaring, kain buruk dsb bagi memastikan tiada unsur pemangsa ie haruan dsb yang lebih besar masuk kedalam kolam
    • Paras kedalaman air yang disyorkan 3 kaki
    • Masukan baja, ditabur rata, spt tahi ayam, NPK, organik dan sebagainya pada kadar 3g sekaki persegi bagi menggalakkan pertumbuhan hidupan seni spt fitoplankton, zooplankton dan algae
    • Contoh: Kolam bersaiz 100' x 50' = 5,000 kaki persegi x 3g = 15,000g = 15 kg baja
    • Selepas dibaja, biarkan kolam selama seminggu bergantung kepada keadaan cuaca
    • Sekiranya kolam anda berlumpur atau banyak mengandungi besi(ion) serta pernah atau telah digunakan utk penternakan sebelum ini, seelok2nya kolam dibuat pengapuran dan diracun terlebih dahulu bagi membunuh patogen, parasit dan pemangsa spt ikan haruan
    • Pengapuran, guna kapur abu panas/quick lime(CaO) pada kadar 100g utk 1 kaki persegi
    • Isi air pada paras sekaki dan biarkan selama 2 minggu
    • Taburkan racun seperti hampas biji teh(teaseed cake) pada kadar 2g utk 1 kaki persegi
    • Kolam perlu dibiarkan selama sekurang2nya 2 minggu sebelum dibaja
    • Baja, kapur dan racun boleh didapati di kedai2 pertanian atau melalui pertubuhan peladang setempat
    • Warna air kolam yang telah sedia utk penternakan biasanya hijau cair dengan penglihatan(visibility) sekurang2nya 1-2 kaki dari permukaan
    • Kehadiran hidupan seni, fitoplankton dan zooplankton spt moina, rotifer, daphnia dll serta hidupan kasar spt jentik2, telur katak menunjukan kolam sesuai untuk dimasukkan anak benih
    • pH yang baik antara 6.5-7.5
    • Suhu yang baik antara 28-31 darjah Celcius
    4. Pemilihan & Pelepasan Anak Benih
    • Anak benih yang baik mestilah tidak mengalami kecacatan dan cedera kesan dimakan kawan seperti putus ekor, berwarna cerah(tidak hitam legam) dan kurang lendir terbebas
    • Saiz anak benih yang sesuai adalah 1-2"
    • Anak benih yang telah dikuarantinkan terlebih dahulu akan menjamin kadar kehidupan yang lebih tinggi sehingga melebihi 90% apabila dimasukan ke dalam kolam ternakan
    • Benih puyu yang telah diberi hormon estogen adalah digalakan kerana mempunyai kadar jantina betina yang tinggi biasanya 80% bagi penghasilan tuaian yang lebih cepat
    • Hormon estogen tidak berbahaya kepada manusia kerana kadar penggunaannya amat rendah dan biasanya keberkesanan akan hilang selepas 4 bulan iaitu ikan jantan akan bertukar sifat semulajadi ke asal semula
    • Penggunaan benih biasa akan menyebabkan penternak terpaksa menunggu tempoh yang lebih lama serta menanggung kos makanan yang lebih tinggi
    • Waktu pelepasan benih yang paling baik adalah disebelah pagi atau petang
    5. Pemakanan
    6. Pengawalseliaan Kolam
    7. Pungutan Hasil
    8. Kerosakan dan Penyakit
    9. Rawatan
    10. Panduan Am

    -bersambung-