Teknik Ternakan Keli di Kolam Tanah

Kolam tanah adalah alternative termurah utk penternakan. Realitinya utk mendptkan "yield" 50% pun susah. Jadi bagaimana nak ternak ikan KELI di kolam tanah dan menghasilkan pengeluaran yang tinggi? Saksikan video ni utk ternakan optimun di kolam tanah.

PERTANIAN adalah PERNIAGAAN?

Salam, sudah beberapa bulan tak update blog sbb sibuk sgt. Skrg ni permintaan ikan air tawar di lembah kelang melebihi dr pengeluaran. Tak larat nak entertain cust dok tiap2 mgu cal/sms mintak ikan. Nak dekat bulan puasa nanti lagi tinggi demand. Sayang sekali, semakin ramai yang gagal menternak ikan dengan berkesan.

Berdasarkan pengalaman, 2 faktor utama ini dikenal pasti kenapa ramai yang gagal. Antaranya:

1. Over excited - ramai yg sangka mudah utk menghasilkan ikan waima ikan keli sedangkan byk faktor yg mempengaruhi pengeluaran ie pasarana ternakan, method, tidak sabar, mudah putus asa dan terpengaruh dengan massa.

2. Malas - hanya tahu masuk benih dan beri makan. Air tak jaga, kawalan pemangsa tak hirau, ikan tak gred, ilmu nak "spoon feed" saja. Keje nak dok kolam aje, barang nak siap, kerja pas kat org lain, marketing tak mahu buat, service tak larat. Bila sekali gagal terus give up, salah kan itu dan ini, sendiri silap tak mahu kaji.

Fikir2kan lah mcmna nak kita boleh mengeluarkan mkan sendiri tanpa perlu mengimport dr negara luar. Berbillion dah mengalir keluar, bukankah bumi kita ni subur utk pertanian?