MENGENAI KAMI

Aquatech Solutions(ATS) ditubuhkan pada 2007. Berbekalkan modal yang sedikit serta ilmu sediada, ATS kini mampu berdiri teguh bersama-sama dengan rakan seperjuangan yang lain. Sepertimana cabang-cabang pertanian yang ada, secara berdikit-dikit ATS mempelajari bidang akuakultur yang amat mencabar ini. Menyedari hakikat apa yang dipelajari secara teori tidak sama dengan praktikal, ATS meneruskan usaha penternakan ikan secara "hands on" bermula dari keli, haruan, talapia, ketutu dan puyu.



Memang benar banyak cabaran yang ditempuh dengan pelbagai ragam tingkah laku ikan, tidak terkecuali kerenah mereka-mereka yang terlibat dalam perikanan secara langsung mahupun tidak. Sekiranya anda yakin dan mampu untuk bersusah-susah dahulu, ATS akan membantu berkongsi pengalaman, teknik terbaik dan apa saja berkaitan dengan perikanan secara PERCUMA.



Pelbagai kaedah penternakan ikan boleh dijalankan. Untuk memilih yang terbaik, seharusnya kita menilai dari segi kemampuan, kos, beban kerja dan pulangan. ATS mengamalkan konsep ringkas, mudah, murah dan menguntungkan. Sistem penternakan dan R&D kami mampu membezakan yang baik dan buruk. Tiada guna sekiranya ilmu ditimba tetapi tidak dimanafaatkan sepenuhnya.

Dikala ramai yang gagal meneruskan bidang perikanan ini, ATS mampu bergerak kehadapan. ATS tidak menjanjikan "bulan dan bintang", namun kami berbangga sekiranya dapat membantu lebih ramai usahawan baru yang ingin menceburi bidang perikanan ini dengan cara yang selamat. Bak pepatah melayu, "Yang bulat tak dtg bergolek, yang pipih tak dtg melayang" dan "Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya". Jemput datang ke permis kami, kita berbincang tentang potensi akuakultur dengan lebih dekat lagi.