TUAIAN PUYU MEGA

Kami akan mula manjalankan kerja2 penuaian PUYU secara berperingkat-peringkat mulai bulan March ini mengikut permintaan pasaran. Kapasiti pengeluaran dijangkakan mencapai 15-20 metrik tan sehingga habis pusingan tuaian. Tawaran dibuka kepada pemborong yang berminat.
Gred A - 3-6 ekor/kg
Gred B - 7-10 ekor/kg
Utk maklumat lanjut, sila hubungi Zac 012-2838982 atau SMS kan harga tawaran berserta kuantiti.

BAIKPULIH SISTEM SALIRAN

Baru habis baikpulih longkang saliran, hampir runtuh sbb hujan lebat. Alhamdulillah 3 hari siap!

PERKEMBANGAN PUYU SIAM SELEPAS SEBULAN

Perhatikan perkembangan puyu anda setelah sebulan diternak.
Tarikh: 13/02-13/03
Berat purata masuk: 4g/ekor
Berat purata sebulan: 35g/ekor
Kepadatan: 1500 ekor utk kolam10'x30'

PERIHAL PERIKANAN

A'slm tuan/puan,

Ramai yang bertandang ke ladang penternakan kami sering bertanyakan, apakah jenis ikan yang harus diternak? Bagaimana potensinya? Tidak kurang juga yang mengintai2 peluang untuk menceburi bidang ini secara sambilan. Harus diingatkan Aquatech Solutions(ATS) merupakan pusat penternakan ikan yang cukup "simple" dan sentiasa mengingatkan pelanggannya semua agar berhati-hati dan sentiasa memikirkan cara terbaik untuk menternak berdasarkan pada kemampuan sendiri dan penggunaan persekitaran semaksimum mungkin.


Pun begitu, kejayaan perikanan anda hanya akan tercapai sekiranya anda bijak dalam menilai kemampuan diri sendiri. Mengikut pengalaman peribadi kami, 9/10 akan gagal, hanya 1 yang tinggal, biasanya tidak manja dan faham akan kehendak semulajadi sektor perikanan ini sendiri.


Fikirkan tentang ini, bagaimana ATS mampu mengharungi cabaran ini sedangkan kami bukan lepasan institusi tinggi perikanan, langsung tidak mempunyai seinci tanah sendiri, sumber air yang terhad, tiada bantuan dari badan2 berkanun atau kerajaan, tak pernah masuk TV, radio, suratkhabar dsb, malahan ramai yang lebih berpengalaman mencari kami meminta bantuan ketika terdesak.


Anda datang dan lihat sendiri kami di ladang. Kami tidak dimanjakan, kami berani mengambil risiko, kami melakukan kerja sendiri dengan dedikasi dan penuh minat, kami menjadikan yang tidak boleh sbg boleh dan yang paling penting kami sentiasa mengkaji dan berkongsi ilmu serta "tidak memilih bulu". Tiada kursus berbayar diperlukan kerana yang memberikan kursus itu belum tentu akan memberi kejayaan kepada pesertanya. Tiada yang lebih baik dari buat sendiri bak pepatah kayuh pelan2.


Jadi persoalan ttg perikanan ini terlalu subjektif, tidak dapat diungkaikan dengan jawapan yang muktamad. Kalau senang kenapa ramai yang gagal, kalau susah mengapa ada yang berjaya, malahan ramai terdiri dari bangsa asing? Semua jenis ikan boleh diternak, pasaran memang luas, potensi sepanjang masa, sbb semua org perlu makan. Kalau tidak masakan harga puyu, haruan dan belut boleh mencecah ke RM25/kg. harga ketutu melebihi RM100!!! Harga tilapia sehingga RM18/kg, malahan harga ikan air tawar di negeri lain spt Phg, Trg, NS mencecah ke paras tidak masuk akal. Sudah tentu kalau nak ternak keli, main "volume" dan rendahkan kos. Setiap pintu ada kuncinya, ianya tidak datang sekelip mata. Cari!